Kenyataan barisan ulama’ seluruh dunia mengenai serangan zionis ke atas kapal yang membawa misi kemanusiaan ke GAZA
بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji bagi Allah, Penolong orang-orang yang beriman, Yang menurunkan kehinaan ke atas orang-orang yang sombong, Yang menundukkan orang-orang yang angkuh dan ganas. Selawat Allah dan barakah-Nya ke atas Imam pembawa hidayah dan islah, Sayyidina Muhammad, juga ke atas ahli keluarganya serta semua sahabat-sahabatnya.
Sesungguhnya barisan ulamak yang menurunkan tandatangan pada kenyataan ini sangat terkejut dengan apa yang dilakukan oleh komando-komando zionis terhadap sukarelawan yang datang dari pelbagai Negara di dunia untuk memecahkan kepungan yang tidak berperi kemanusiaan ke atas Semenanjung Gaza. Para ulamak beserta majority umat mengikuti dengan penuh rasa duka dan keciwa jenayah yang sungguh kejam dilakukan zionis yang diketuai oleh askar penjajah yang telah menyebabkan puluhan nyawa yang tidak berdosa terkorban dan puluhan yang lain tercedera.
Barisan ulamak juga mengikuti dengan penuh kagum dan hormat di atas keberanian, keikhlasan serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua peserta konvoi serta kesediaan mereka untuk menghadapi sebarang tindakan jahat pihak zionis. Tidak lupa setinggi-tinggi ucapan penghargaan ke atas para syuhada’ dan mereka yang cedera, yang darah mereka mengalir demi mempertahankan orang-orang yang dizalimi dan terkepung di Gaza, kepada tawanan yang terus bertekad untuk membantu orang yang tertindas sekalipun diugut dengan berbagai-bagai ancaman oleh pihak zionis.
Justeru, barisan ulamak menyeru seluruh umat Arab, Islam dan dunia seluruhnya agar segera bertindak untuk membebaskan tawanan secepat mungkin. Dengan ini barisan ulamak mengeluarkan kenyataan yang ditujukan kepada seluruh umat sama ada rakyat atau kerajaan agar memainkan peranan masing-masing demi keselamatan para tawanan yang berada di bawah kepungan zionis, melindungi hak saudara kita di Palestin, menolong para mujahidin di bumi yang diberkati.
Serangan jahat yang dilakukan oleh zionis yang menyebabkan berlaku kematian, luka parah dan tertawannya peserta konvoi yang tidak berdosa dan tidak bersenjata yang berada di dalam kapal kebebasan yang menggabungkan peserta yang terdiri dari lebih daripada 40 buah Negara di waktu fajar hari Isnin 18 Jamadil-Akhir 1431 bersamaan 31 May 2010 memberi gambaran bahawa zionis berada dalam keadaan selamat daripada tentangan Negara Islam, kutukan Amerika dan bantahan antara bangsa terhadap keganasan dan kekejaman mereka.
Maka kami menyeru semua ilmuan umat, pertubuhan-pertubuh an, institusi-institusi , rakyat yang beragama Islam yang berbangsa Arab dan bukan Arab, bangsa-bangsa yang merdeka di seluruh dunia agar bangkit dan bergerak menentang kumpulan zionis yang jahat dan keji ini.
Sesungguhnya dengan ini kami ingin menegaskan perkara-perkara berikut:
Pertama: Sesungguhnya telah menjadi suatu hakikat, suatu reality yang terang nyata bahawa Bani Israel adalah golongan yang suka menumpahkan darah, membunuh manusia yang tidak berdosa sebagaimana dinyatakan di dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya) , sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?” (Al-Baqarah: 87)
Mereka tidak pernah bertanggungjawab dan berpegang kepada janji dengan orang yang beriman. Mereka tidak berintima’ kepada agama yang dibawa oleh Nabi Allah Musa a.s. sama ada secara dekat atau jauh. Dan Nabi Allah Musa tiada kaitan dengan mereka. Mereka adalah golongan terbuang, lanun-lanun di zaman moden dan talibarut zionis antara bangsa. Semua agama tiada kena mengena dengan mereka termasuk agama Nabi Musa a.s.
Kedua: Kami menyeru kerajan Arab dan Islam agar menukar sikap mereka yang negative sehingga menampakkan lebih dekat kepada bekerjasama dengan zionis dalam serangan mereka yang berulang-ulang. Kami menyeru agar segera diadakan persidangan tergempar yang menggariskan langkah-langkah yang wajib diambil dan dilaksanakan, sama ada dari segi politik, ekonomi, media dan ketenteraan demi menyekat kebiadapan musuh zionis dari terus sombong dengan tindakan ganasnya. Perkara pertama yang wajib dilakukan ialah hentikan usaha rundingan damai sepenuhnya. Hentikan sebarang bentuk rundingan baik secara terang atau senyap dengan mereka. Gunakan segala kekuatan dan keupayaan yang ada pada umat Arab dan Islam, suburkan hubungan dengan semua Negara di dunia bagi mewujudkan tekanan yang mengesankan ke atas rejim zionis yang telah merampas Palestin dengan cara haram dan tidak sah. Langkah ini wajib diambil demi membebaskan al-Aqsa dan Palestin, menyokong perjuangan yang diterajui oleh rakyat Palestin baik secara material, moral dan media, mengukuhkan kekuatan mereka, memudahkan hubungan rasmi dan sya’bi dengan mereka. Kami juga menyeru kerajaan Mesir dan kerajaan-kerajaan Arab yang lain semuanya agar membuka sempadan Rafah dan meruntuhkan tembok kepungan ini. Mengapa kita harus menghormati perjanjian dan undang-undang antara-bangsa dengan Zionis sedangkan mereka tidak pernah mengambil peduli terhadap sebarang nilai akhlak, moral, uruf dan perjanjian antara-bangsa?
Ketiga: Kami menyeru rakyat Palestin agar segera berdamai dan bersatu. Lupakan perbezaan pandangan politik kepartian. Bersatu di atas landasan perjuangan menentang seteru yang sebenar. Kami menyeru pihak berkuasa Palestin agar berhenti sepenuhnya dari memburu mujahidin. Isytiharkan dengan segera pemberhentian rundingan damai secara total dengan musuh. Tiada lagi sebarang usaha ke arahnya baik secara langsung atau tidak langsung. Batalkan sebarang pertemuan dengan pemimpin rejim penjajah zionis. Sesungguhnya pertemuan itu tidak sejajar dengan perinsip akhlak dan undang-undang kerana mereka telah melakukan kezaliman demi kezaliman.
Keempat: Kami menyanjung tinggi dan memohon keberkatan di atas usaha murni yang dilakukan oleh rakyat Turki, pertubuhan-pertubuh an serta kerajaannya. Kami mengakui bahawa pengorbanan paling besar adalah datangnya daripada rakyat Turki. Kami menyeru umat Islam dan semua umat yang merdeka di seluruh dunia agar menghargai dan menjejaki peranan kemanusiaan Turki yang berani.
Kelima: Kami menyeru seluruh pertubuhan dan institusi hak asasi manusia dan pertubuhan-pertubuh an bukan kerajaan (NGO) di Negara Arab, Negara Islam dan semua Negara di dunia supaya bergerak dan menggerakkan seluruh rakyat dengan kadar segera untuk menentang jenayah zionis di semua peringkat dan semua lapangan, dengan menggunakan undang-undang bagi mengenakan tindakan yang tegas ke atas penjenayah perang yang telah menyerang secara terang-terangan. Mereka mesti didakwa di hadapan semua mahkamah di Eropah dan di peringkat antara-bangsa. Semua pemimpin mereka mesti diheret dan dibicarakan. Tiada seorangpun dari kalangan mereka yang boleh dilepaskan atau diberi keampunan.
Keenam: Kami menyeru media massa Arab dan Islam agar memberi sepenuh keutamaan dalam mendedahkan kejahatan rejim Zionis yang merampas bumi Palestin serta keganasan-keganasan yang mereka lakukan. Dedahkan segala usaha mereka memalsukan dokumen rasmi kedutaan beberapa buah Negara. Dedahkan identity mereka dan usir mereka dari semua Negara, dedahkan keadaan genting yang dialami oleh penduduk Gaza dan semua kawasan yang terletak di bawah jajahan mereka di Palestin dan akhir sekali penyembelihan konvoi keamanan Mavi Marmara.
Ketujuh: Berhadapan dengan ancaman musuh zionis ini, semua bangsa yang merdeka di seluruh dunia, bukan hanya penduduk Gaza sahaja, wajib menghidupkan ruh keimanan dan membangkitkan semangat juang menentang kezaliman serta menolak sebarang usaha rundingan damai dengan zionis. Jihad adalah satu-satunya jalan untuk menggerunkan penjajah itu dan membebaskan masjid al-Aqsa dan Palestin.
Oleh kerana ulamak dan para ilmuan merupakan minda yang sedar di kalangan ummah, hati yang sentiasa berdenyut dengan keinsafan, lidah yang mampu menuturkan kebenaran, melakarkan cita-cita dan harapan; mereka adalah ibarat kepala kepada badan ummah, jantung yang menentukan kesihatan perjalanannya, maka kami menyeru para ulamak dan ilmuan agar memainkan peranan memegang teraju utama dalam menyatakan kebenaran dan mendedahkan hakikat zionis yang sebenarnya sejak dahulu hingga sekarang. Ulamak dan para ilmuan mesti memainkan peranan menjelaskan kepada ummah apa yang mereka perlu sediakan untuk menghadapi zionis durjana ini, membebaskan tawanan-tawanan dan masjid al-Aqsa, membela mereka yang terluka, cedera dan terbunuh serta mengembalikan kemuliaan ummah seluruhnya.
Allahu Akbar! Kemenangan untuk Islam dan muslimin!
Ditandatangani oleh:
Dr. Sofwat Hijazi - Mesir, Dr. Muhammad Musa asy-Syarif – Saudi, Dr. Solah Sultan – Mesir, Syeikh Salim asy-Syeikhi – Libya, Syeikh Muhammad al-Amin – Bahrain, Syeikh Majd Makki – Syria, Syeikh Akram Kassab – Mesir, Dr. Hamdy Arsalan – Turki, Dr. Khalid Hanafy – Mesir, Dr. Muwaffaq Kadasah – Saudi, Dr. Sa’eid al-Ghamidy – Saudi, Dr. Abdul Ghani at-Tamimy – Palestin, al-Qadhi Muhammad Tais al-Jamily – Qatar, Dr. Saleh Sowwab – Yaman, Syeikh Hasan Qatarji – Lubnan, Dr. Muhyiddin Ghazi – India, Syeikh Muhammad al-Hasan bin ad-Dadu – Mauritania, Syeikh Wasfy ‘Asyur Abu Zaid – Mesir, Dr. Ahmad Abu Bakar Jumi – Nigeria, Dr. Abdul Hayyi Yusuf – Sudan, Dr. Abdul Wahhab ad-Dailamy – Yaman, Dr. Umar Abdul Aziz – Mesir, Syeikh Khalid Saifullah ar-Rahmany – India, Syeikh Amin al-Uthmany – India, Dr. Muhammad Abdul Maqsud – Mesir, Dr. Abdul Sattar Fathullah Sa’eid – Mesir, Dr. Yahya Ismail – Mesir, Dr. Ali as-Solaby – Libya, Dr. Ahmad ar-Risuni – Maghribi, dan ramai lagi…. (sebenarnya terdapat 108 nama, rasa cukup dimasukkan sebahagian saja)
sumber : http://zaadut-taqwa.blogspot.com/ http://fikrah-dakwah.blogspot.com/
Venue : DEWAN SERBAGUNA MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN JALAN DUTA
Dapatkan tiket melalui wakil-wakil kami di lokasi anda. 2000 tiket sahaja disediakan. DAPATKAN SEGERA!
KONSERT "LIFELINE 4 GAZA" | Break The Siege
DAPATKAN TIKET DARI WAKIL-WAKIL JUALAN DI LOKASI BERHAMPIRAN ANDA BERMULA 21 MAC2010
TARIKH: 26 Mac 2010
LOKASI: DEWAN SERBAGUNA MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, JALAN DUTA (Pihak urusetia terpaksa mencari dewan yang lebih besar kerana permintaan yang amat tinggi)
TENTATIF 7.30PM: Solat Maghrib Berjemaah di Masjid Wilayah & Solat Hajat 8.30PM: Solat Isya Berjemaah di Masjid Wilayah 9.00PM: Konsert Nasyid 11.45PM: Tamat
JUALAN TIKET Hanya 2000 tiket sahaja disediakan. Dapatkan tiket SEGERA melalui wakil kami di mengikut lokasi berikut
Shah Alam@Klang@UiTM Shah Alam Adam Kadir | 013 404 4787 M.Zakiran | 019 939 0304
SHAH ALAM 9.00pagi | Pasar Ahad Berhampiran Stadium Melawati 11.00pagi | Plaza Alam Centre
KL CENTRE 2.00petang
KLCC 4.30petang
atau dapatkan di kaunter tiket di pintu masuk Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan pada 26 Mac nanti
Sebarkan kepada rakan-rakan. Semua dijemput hadir!
#Tiket VIP adalah terbuka kepada sesiapa yang ingin tempat di hadapan pentas tanpa kerusi #Dewan adalah tanpa kerusi dan tiket adalah hanya utk masuk ke dewan sahaja sebagai sumbangan kepada Palestin #Lelaki & Perempuan diasingkan #Mohon share aktiviti ini di wall saudara/i. Copy link event ini kemudian post di mana-mana group atau page #Bahan sebaran seperti poster, banner & flyer boleh minta pada urusetia di email lifeline4gazahs@ gmail.com
Masuk hari ini, genap 12 hari selepas serangan tentera Israel ke atas penduduk di Gaza. Serangan yang dilakukan pada 1 Dzulhijjah itu telah banyak mengorbankan nyawa penduduk Palestin yang tidak berdosa. Setakat 2 Januari 2009 yang lepas, seramai 430 orang penduduk Palestin telah syahid, 2000 yang lain cedera, hospital, masjid, sekolah dan rumah-rumah dibedil. Serangan dan kekejaman Israel ini telah membawa kepada tercetusnya Intifadhah ke 3 oleh rakyat palestin.
Di bawah ini ada secebis gambaran yang dapat dirakamkan mengenai penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin selepas 4 hari serangan yg dilancarkan oleh rejim Zionis. Bukakan Mata anda, jangan sesekali anda menutup mata anda dari melihat kekejaman yang telah dilakukan oleh rejim Zionis di Gazza, Palestin.
Apa yang sebenarnya berlaku di Gaza?*
Kekejaman Isreal semakin mengganas di Gaza bermula selepas pilihanraya Palestin yang pertama (Januari 2006), di mana dalam pilihanraya ini, Hamas telah memenangi majoriti kerusi parlimen. Kekalahan Mahmood Abbas(Fatah) telah memberi tamparan yang sangat hebat kepada Israel dan AS yang menghendaki agar Fatah pimpinan Mahmood Abbas menang. Israel dan AS sangat tidak menginginkan Hamas mengang kerana ia boleh menggagalkan usaha mereka untuk menubuhkan kerajaan sekular di Palestin disamping kerana perjuangan yang dibawa oleh Hamas adalah perjuangan rakyat Palestin, perjuangan untuk menegak syariat Islam disamping perjuangan untuk mengusir Zionis atau Israel(yang telah banyak menghancurkan dan memusnahkan Palestin) dari bumi Palestin.
Atas sebab diatas, sejak dari tahun 2006 lagi, berbagai tekanan dilakukan oleh Israel dan AS ke atas Hamas dan pengikutnya telah bermula. Antaranya, segala pergerakan keluar-masuk penduduk dan kegiatan ekonomi rakyat Palestin melalui tembok batu pemisah di Palestin tersebut menjadi semakin sukar. Ini telah memberi kesan buruk kepada kehidupan rakyat Palestin yang sebelum ini memang telah lama menderita.
Jimmy Carter(bekas President AS) telah berkata bahawa rakyat Palestin telah menjadi pelarian dan banduan di negara merekan sendiri akibattembok batu pemisah tersebut dan dasar apartheid rejim Zionis.
Kini kezaliman dan kekejaman Israel tertumpu kepada Gaza yang merupakan tempat Hamas berkuasa. Tindakan ini jelas bertujuan untuk menggulingkan Hamas melalui kaedah ”collective punishment”-yang diharamkan oleh pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa. Banyak kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis di Gaza ini. Mereka telah melancarkan berbagai pencerobohan, membunuh beratus-ratus penduduk awam dan merosak harta-benda penduduk Gaza. Tindakan yang lebih kejam rejim Zionis adalah dgn mengenakan sekatan dan kepungan di Gaza yang disebut ”Gaza Siege”. Semua pintu masuk ke Gaza ditutup, menyekat semua bahan-bahan keperluan asas seperti makanan, ubat-ubatan dan keperluan lain untuk kegiatan ekonomi.
Bermacam macam lagi kezaliman, kekejaman yang telah dilakukan oleh rejim Zionis yang tidak mampu untuk saya tuliskan di sini karana terlampau banyak. Jadi, apakah tindakan kita? Adakah kita rela memejam mata tanpa mempedulikan nasib sahabat-sahabat, abang, kakak kita di sana???
Di sini, saya mencadangkan beberapa tindakan yang boleh anda lakukan sebagai bukti anda menyokong rakyat Palestin, sistem demokrasi yang bersih, dan membantah kekejaman yang tak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh rejim Zionis :-
1)Bagi muslimin, perbanyakkan doa kerana doa adalah senjata mukmin. Jangan lupa untuk baca doa qunut nazilah setiap kali solat. InsyaAllah saya akan cuba cari doa ni, dan masukkan di sini.
2)Boikot barangan buatan Israel, Amerika dan sekutunya. Setiap duit kita yang digunakan untuk membeli brgn buatan mereka akan di salurkan untuk menambahkan lagi krisis kemanusiaan di Palestin. Impak dari pemboikotan ini adalah sangat besar iaitu, keadaan ekonomi mereka akan lumpuh!!!!
3) Belajar rajin-rajin dan hayati ajaran Islam, supaya kita dapat menjadi pemuda pemudi
harapan ummah yang akan berjuang disetiap lapangan dan mengalahkan penguasaan
Israel dan AS. Mungkin, anda boleh hasilkan sesuatu yang boleh menandingi McDonald,
Cola-cola, Johnson-Johnson satu hari nanti!
4)Hadir ke demontrasi-demontrsai aman menyatakan bantahan terhadap kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis.
Saya menyarankan agar anda lakukan semua tindakan-tindakan diatas untuk membuktikan keseriusan anda dalam membantah krisis kemanusiaan ini dan menyokong penuh rakyat Palestin yang tidak bersalah.
”Allahummannsur Mujahidin fi Gazza, Allahummannsur Mujahidin fi Gazza, Allahummannsur Mujahidin fi Palestin Ya Allah”
”Ya Allah, turunkanlah tentera-tenteraMu, bukankanlah hati dan mata seluruh Umat Islam untuk bersatu menentag kezaliman Zionis terhadap saudara-saudara kai, abang, kakak, adik, ayah, mak, nenek kami di Palestin Ya Allah, yang Maha pengkabul permintaan”.