Stress adalah perkara yang lumrah yg berlaku dalam setiap insan yang hidup di dunia ini. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 155
Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar
Stress adalah satu perasaan yg normal yg dilalui oleh setiap orang. Baik baby, kanak-kanak, pelajar, orang dewasa, pekerja, bos dan lain-lain. Untuk menyesuaikan keadaan individu yg menghadapi stress, sistem endokrin dalam badan manusia akan berubah sebagai persediaan menghadapi persekitaran yang baru. Masya Allah, hebatkan ciptaan Allah.
The human body responds to stressors by activating the nervous system and specific hormones. The hypothalamus signals the adrenal glands to produce more of the hormones adrenaline and cortisol and release them into the bloodstream. These hormones speed up heart rate, breathing rate, blood pressure, and metabolism. Blood vessels open wider to let more blood flow to large muscle groups, putting our muscles on alert. Pupils dilate to improve vision. The liver releases some of its stored glucose to increase the body's energy. And sweat is produced to cool the body. All of these physical changes prepare a person to react quickly and effectively to handle the pressure of the moment.
This natural reaction is known as the stress response. Working properly, the body's stress response enhances a person's ability to perform well under pressure. But the stress response can also cause problems when it overreacts or fails to turn off and reset itself properly. Source
Stress yang berlebihan juga merupakan antara pembunuh banyak nyawa di dunia. Kesan drpd stress yg berpanjangan, ramai yang rela menamatkan riwayat mereka. Samada secara sengaja atau tidak sengaja. Oleh itu, amat penting bagi kita untuk mengetahui dan memastikan samada kita berada dalam stress atau tidak. Langkah seterusnya yang perlu diambil oleh seseorang itu selepas mengetahui dirinya dalam keadaan stress adalam mengurangkan atau menghilangkan stress. Islam telah mengajar umat beberapa cara untuk memperoleh ketenangan sekaligus mengurangkan dan menghilangkan stress. Di sini saya ingin berkongsi cara-cara menangani stress berdasarkan pembacaan dan pengalaman saya.
1.
Banyakkan berzikir. Apabila seseorang itu banyak mengingati Allah, maka syaitan akan menjauhinya dan hatinya akan tenang. Seperti firman Allah yg bermaksud "Ketahuilah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
2.
Bermuhasabah, banyakkan bersabar. Seseorang yang kuat imannya akan sentiasa dapat bersabar dengan segala cabaran dan ujian yang dihadapinya. Secara normalnya, apabila seseorang itu stress, maka jantungnya akan mengepam dengan lebih pantas. Keadaan ini akan meningkatkan metabolisma tubuhnya dan menjadikannya panas dan berpeluh. Keadaan ini sangat merangsang untuk seseorang itu menjadi baran. Oleh itu, bersabar dan memuhasabah adalah cara yang terbaik utk mengelakkan segala bisikan syaitan yg mengapi-apikan manusia utk marah.
3.
Banyakkan berdoa. Doa adalah senjata mukmin. Sesungguhnya, segala daya dan kekuatan kita segala-galanya datang daripada Allah. Hendaklah kia sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan jiwa untuk menghadapi ujian jiwa ini.
4.
Qiamullail. Dapatkan ketenangan jiwa disisi yang Abadi di sepertiga malam, insyaAllah ketenangan milikmu selalu. Rasulullah saw, orang yg paling kuat jiwanya dan paling banyak menghadapi cabaran, ujian dan dugaan tidak pernah meninggalkan qiamullailnya. Maka kita yg kerdil ini lebih lagi dituntut utk berqiamullail. Sesungguhnya pada qiamullail itu ada bekalan.
5.
Senyum. Secara normalnya, apabila kita itu menghadapi masalah atau stress, maka secara automatiknya raut muka kita akan berubah menjadi masam. Ketahuilah, apabila kita mencuba sahaja untuk tersenyum diwaktu ini, masalah atau dugaan tersebut akan sedikit demi sedikit meninggalkan kita.
6.
Rehat. Kadang-kadang badan kita berhadapan dengan stress kerana kita tidak memberi rehat kepada diri kita sehingga memudharatkannya. Oleh itu, berilah keadilan tersebut pada mereka yang berhak. Bersederhanalah dalam setiap perbuatan.
7.
Selesai masalah-masalah yang kecil. Jika kita berhadapan dengan masalah yg besar, cuba selesaikan perkara-perkara yang kecil dan berada dalam lingkungan kekuasaan kita.
Wallahua'lam
Labels: dakwah AND tarbiyyah, Madrasatul Hayaah