Aku tak pernah kenal dengannya,
aku juga tak pernah bertemu dengannya,
bahkan tak pernah jugak dengar namanya,
Kini beliau sudah pergi menemui Kekasihnya,
Meninggalkan seribu kesan,
samada pada yang pernah mengenalinya
ataupun tidak..
Ibunda Yoyoh Yusra.
Sebenarnya aku sangat-sangat terkesan dengan peribadi beliau. Sedih juga kerana aku tak pernah bertemu dengan beliau dikala hayatnya. Pertama kali membaca artikel tentang beliau tentang nahas yg menjemput beliau kembali menghadapNya. Kemudian posting & status para sahabat tentang beliau samada di blog atau facebook, membuatkan aku terfikir, "Siapa ibunda Yoyoh Yusra ni, sangat hebat ke? Ramai orang bersedih tentang pemergiannya..".
Pengajaran darinya untuk aku praktikkan dlm kehidupan ini.
Beliau merupakan ibu kepada 13 orang anak. 10 orang anaknya hafiz/ah al-Quran. Semua soleh & solehah.
(masyaAllah! Nak jadi macam beliau jugaklah, nak banyak anak)
Seorang ahli dan tokoh pendiri Partai Keadilan Sejahtera
(masyaAllah, dalam jamaahpun beliau hebat!)
Beliau memegang jawatan sebagai aktivis PKS dan juga Anggota Komisi I DPR
(dakwahnya juga hebat!)
Beliau menghafaz 20 juz Al-Quran & melazimi tilawah Quran 3 juz setiap hari
(masyaAllah, kesibukannya tidak menghalangnya dari memperkukuhkan hubungannya dengan Rabbul Jaleel)
Sms beliau yang dihantar kepada seorang ukht
"Ya rabb, aku sedang memikirkan posisiku kelak diakhirat. Mungkinkah aku berdampingan dengan penghulu para wanita Khadijah Al-Kubra yang berjuang dengan harta dan jiwanya? Atau dengan Hafshah binti Umar yang dibela oleh Allah saat akan dicerai karena shawwamah (rajin puasa-red) dan qawwamahnyaI (rajin tahajud-red)? Atau dengan Aisyah yang telah hafal 3500 an hadits, sedang aku…. ehm 500 juga belum… atau dengan Ummu Sulaim yang shabiroh (penyabar) atau dengan Asma yang mengurus kendaraan suaminya dan mencela putranya saat istirahat dari jihad… atau dengan siapa ya. Ya Allah, tolong beri kekuatan untuk mengejar amaliah mereka… sehingga aku layak bertemu mereka bahkan bisa berbincang dengan mereka di taman firdaus-Mu"
Beliau memang seorang sosok yang memberi pengaruh kepada orang disekitarnya. Hatta pabila beliau sudah meninggalpun, aku tetap terkesan dengannya. Kebijaksanaannya mengurus rumahtangga, keluar berdakwah dan mentarbiyah orang lain dan dirinya sendiri sangat mengkagumkan aku yang masih bertatih dalam segala hal tersebut.
Ya Allah, Engkau tempatkanlah al-Marhumah dikalangan para anbiya', syuhada & solihin sesuai dengan kerja kerasnya didunia utk bekalan akhiratnya. Engkau berilah kekuatan pada kami, para daie yang tinggal ini untuk mengikut jejak beliau dan para ummahatul mukminin, sahabah, tabien dan orang-orang yang Engkau redhai, Ameen ya Rabbal 'Alamin"
Lagi tentang ibunda Yoyoh Yusra;
Labels: dakwah AND tarbiyyah, Madrasatul Hayaah