Anda semua ingat x dulu saya ada bagitau yang saya akan cerita pengalaman mengajar budak-budak prasekolah (preschooler) setiap matapelajaran? ingatkan? kan?
kat sini ada saya bagitau.
Sekarang nak cerita pengalaman ajar matapelajaran seni dan kraf (Art&Craft).
Hampir setiap awal minggu saya akan pening bila fikir pasal art & craft ni. Nak ajar apa ye, subjek ni bukannya ada modulpun, biasanya ikut kreativiti cikgu yang mengajarla...dan saya tak ada lah kreatif sangat...Lalu, kerap juga saya meminta pertolongan encik Google, enjin carian saya yg setia, mencari idea-idea yang menarik dan sesuai untuk kanak-kanak riang tersebut..
Bila nak mengajar tu pulak, kadang bagi kita senang aje, tapi cuba bagi budak-budak tu buat, bolehla sampai sejam jugak. Yela, ingat senang ke diorang nak potong cantik-cantik gambar yg berlekuk-lekuk, lepas tu, kertas pulak keras, tampal-tampal daun, cat-cat gambar?..haha..cikgu dia jugak yang pening kepala, sebab kena tolong setiap budak, nak bagi menjadi kan? Tapi, subjek ni memang budak-budak tu suka sangat tau!
Banyak jugak skill yang budak-budak akan terdedah (expose) bila buat subjek ni antaranya;
hand-eye coordination, motor skill, cognitive, emosi, language dan lain-lain..Jadi disarankan agar ibubapa mithali sekalian memperbanyakkan aktiviti sebegini di rumah, bagi melahirkan anak-anak yang dinamik dan seimbang perkembangannya.
Yelahkan, takkan kita nak anak kita yang otak atau kepalanya besar kerana pandai sahaja, tapi tak dpt nak berdikari dalam kehidupan, tubuh badan yang sakit, tak pandai buat kerja rumah, sangat sensitive dan sebagainya. Seorang manusia bahkan lebih-lebih lagi seorang muslim, kena la seimbang semua aspek kehidupannya kan?