Semalam saya ada jilsah imaniyyah. Dapat perkhabaran bahawa anak m.cik Syikin yg bernama Nadhrah suspected denggi. Before this she got fever & ada berdarah sikit. Mohon doa ye. Sebut pasal denggi, there's a lot of my family member pernah kena denggi. My sis-Maryam, my nephew-Solah(suspected denggi), my lil sis- Hannah Nadhirah, my bro-Ibrahim(kena denggi berdarah) & my dad(ada darah jugak). InsyaAllah dengan usaha minum air banyak, sup ketam pucuk betik dan lain-lain perubatan Allah akan sembuhkan dari penyakit ini.
Selain tu, dapat makluman dr m.cik Ainon bahawa suami m.cik Dr Ruziaton, Kuala Langat menghidap kanser stage 4. Inna lillah. M.cik Sabariah menceritakan ttg keadaan m.cik&p.cik semasa m.cik Saba pergi ziarah mereka. Semoga Allah berikan ketabahan dan keteguhan jiwa mereka sekeluarga berhadapan dengan ujian ini, Ameen...
**************************************************************************************
Sakit itu datang dari Allah
Sesungguhnya setiap kesakitan dan musibah datang dari Allah. Kekadang kita sangat menjaga kesihatan, tapi sakit juga menjengah. Ada yang makin dia berilmu tentang sesuatu penyakit tu, semakin diuji Allah dgn penyakit tu. Ada jugak orang yg x ambil pusingpun tentang kesihatan dirinya, tapi tak jugak sakit-sakit.
Sakit yang Allah kurniakan kepada kita sebenarnya merupakan satu ujian pada kita. Allah nak uji sejauh mana redho kita padanya, sejauh mana sabar kita padanya. Allah juga sebenarnya nak kita lebih rapat dan dekat dengannya.
Antibodi terkuat
Sudah jadi lumrah manusia, bila susah akan semakin mengingat Allah, semakin kuat pergantungan, rintihan kepadaNya. Sebenarnya semua tu merupakan hikmah Allah menarik kejap nikmat sihat dari makhlukNya. Allah nak jadikan kita 'someone' padaNya.
Kalau kita lihat sorotan sirah Ar-Rasul dan para pengikutnya, dari sahabat, tabiien, para syuhada' dan seterusnya, kurang kita mendengar kisah mereka jatuh sakit kan? Kalaupun ada diantara mereka diuji dengan kesakitan, tapi itu langsung x melemahkan mereka. Kenapa jadi begitu ya? Sebab pada mereka ada antibodi yang ampuh. Yang sangat berkesan sehingga ada yang dikembalikan nikmat sihat dan ada yang menemuiNya dengan kedudukan yang mulia.
Apa ya antibodi mereka yang menjadikan mereka begitu kuat? Kekuatan akidah mereka yang sangat kuat dan tinggi, menjadikan mereka orang-orang yang dekat denganNya, pasrah dan redha dalam menerima takdir. Juga dengan kuatnya usaha untuk baik dari sakit mereka. Usaha untuk mujahadah melawan perasaan yang menyalahkan takdir, mujahadah untuk bangun malam bermunajat kepadaNya walaupun dalam keadaan sakit yang luar biasa, mujahadah untuk menyampaikan dakwah ila Allah kepada semua manusia, mujahadah untuk mengutamakan saudara seiman lebih dari diri sendiri. Lihatlah, hasil keimanan mereka yang tinggi mendekatkan mereka dengan pencipta sekaligus menjadi asbab penyembuhan sakit yang dihadapi mereka.
Kita teliti saja kisah saidina Ali yang meminta sahabat lain untuk mencabutkan panah pada badannya ketika beliau solat. MasyaAllah, kekhusyukkan beliau menyebabkan beliau lupa pada rasa sakit itu..
Sains juga telah membuktikan
Manusia yang sentiasa bergelumang dengan stress adalah lebih tinggi peluang untuk mendapatkan pelbagai penyakit kerana hormon, sel dan komponen-komponen dalam badan berada dalam keadaan tertekan dan kacau bilau. Sebaliknya, manusia yang kurang stress adalah lebih bahagia dan lebih sihat. Benarlah, ubat yang paling mujarab atas segala penyakit adalah keimanan yang tinggi dan pergantungan diri yang penuh kepadaNya.
Labels: dakwah AND tarbiyyah, Madrasatul Hayaah, tazkeerah