Assalamu'alaikum!
Anda sedang berada
DI ALAM SESEGAR DAUNAN
Hope you enjoy! May Allah bless you!**
|
|
Saturday, October 31, 2009
Post untuk Jun hingga Oktober :)
Dah lama sangat tak update blog ni. Dah bersawang dah pun, nasib baik je x reput dek zaman:)Maaf ya kawan2(hee, ada ke org baca blog ni?)Okla, nak cerita serba sedikit perkara2 besar dalam hidupku, sejak dr bulan 6. (kiranya ni ganti beberapa bulan yg x post la)1. Sem baru dah start, pada bulan 7 yg lalu. Sem ni, dah jadi student tahun akhir. Rasa macam baru semalam melangkahkan kaki ke UM nilam puri, dan kemudian UM KL pulak. Sem ni jugak dapat ramai adik2 harapan ummah yg baru. Sambutan Pelajar Baru(SAMPEL09)pun dah selamat di laksanakan pd ogos lalu. Sangat banyak sambutan dari pelajar IPT2 sekitar PJ. MasyaAllah, sebenarnya ramai mad'u2 kita di luar sana.2. 27 Rejab 1430H, bersamaan dgn 20 Julai 2009, seorg lagi ahli keluargaku yg terdekat pergi menemui Ilahi. My grandpa. The only one since I was born 22years ago. My tokdin dah meninggal sblm I lahir lg. Sangat sedih...skrg dah x ada atuk. Rasa mcm something missing je, yela, late gradpa is a chinese muslim. Mcm sejarah or susur galur keluarga byk bermula dgnnya. Skrg ni, kalau pergi rumah nekde, x dengar dah suara atuk yg mmg semestinya akan didengari kalau g rumahnya. Actually, my grandpa x boleh melihat, menyara hidup dengan mengayam bakul2 yg cantik dr rotan. Sgt2 terkilan bila tengok rotan2 yg x habis dibuat bakul..(sbb x ada seorgpun di antara anak&cucunya yg mewarisi ilmunya buat bakul)3. After my grandpa passed away (may Allah bless him), maka lps tu, banyakla khabar berita kematian org2 yg ku kenali dan juga kerabat sahabat handaiku. Bbrp hari before Ramadhan, my lecturer in UM meninggal dunia. Sakit Jantung (really silent killer). And today, dapat news, Dr Sidi, ex-timbalan pengaran APIUM nilam puri telah kembali ke rahmatullah tengahari tadi.Bila setiap kali dengar berita ada org meninggal, kerap kali terfikir, bila pula giliran aku?. Pastu, fikir lagi, aku dah bersedia ke belum kalau sekarang or kejap lagi Allah cabut nyawa aku? Yang pasti, ia merupakan satu muhasabah untuk aku. Yang dah pergi, sudah di tentukan pengakhiran mereka yang baik, kita yang masih hidup ni yang x tentu pengakhirannya. Mungkinkah tengah2 kita buat sesuatu yg lagha'(tengok tv?, main game?, facebook?, baca novel?, dengar lagu?, mengumpat?) tetiba je Allah cabut nyawa kita. Tak ke naya tu? Naya di akhirat nanti..'Sesungguhnya setiap amalan tu di lihat pada pengakhiran'4. Sem ni duduk rumah sewa. x dapat duduk kolej. Awal-awal tu agak susah nak menyesuaikan diri. Banyak benda yg kena consider bila duduk luar ni. Apapun, there are pros and conts duduk luar or dalam kolej ni. Moga Allah kuatkan diri ini.5. Ramadhan haritu dapat i'tikaf di masjid dengan kawan2 Hira' dulu. Sangat best. Terasa hangatnya ukhuwwah. Yela, dah lama x jumpa, mestilah rindu. Sambil i'tikaf, dapat juga menyemai ukhuwwah. Moga Allah terima pertemuan kami sebagai salah satu amalan kebaikan...Selain tu, dapat jugak i'tikaf dgn sahabat2 seperjuangan di PJ, especially UM. Program i'tikaf dan sedikit pengisian, salah satu wasilah utk menghidupkan ramadhan. Thanks sahabat2!!!Setiap kali weekends dlm bulan ramadhan ni, aku berpeluang berbuka puasa bersama family. Sangat manis. Terasa bezanya ramadhan thn ni dgn tahun lepas, sbb tahun lepas x selalu dapat buka dengan family.6. Sem ni dah start buat projek, sampai sem depan. Yela, labwork kan? tak habis karang kalau buat satu sem je. Masuk hari ni, dah 12 hari buat treatment pada tikus. Lagi 44 hari lagi!!! Sangat mencabar. Pernahlah satu hari tu, hampir putus asa..yela, cuba bayangkan...anda kena treat or uji anda punya bahan uji utk projek anda tu tiap2 hari. Yg ambil masa smpi 2 jam. Tu x termasuk anda kena tunggu bas utk masuk U utk buat projek dan slps tu, tunggu bas lagi utk balik ke rumah sewa. dalam 3 jam jugak. pastu anda kena uji or treat bahan uji anda tu HARI2 tanpa ada skip pun...MasyaAllah, memerlukan kekuatan jugak sbnrnya. Ya Allah, jgn mengeluh Asiyah. Kuat! Dan alhamdulillah, seorg sahabat yg sangat baik dah menegur aku "tak baik cakap macam tu", "mintaklah pada Allah supaya Allah permudahkan". Ekspresi aku="thanks sgt2 awk, coz ingatkan". Sgt terharu, di kala aku lemah, Allah kurniakan seorg sahabat utk menegur dan menasihatkanku. Syukran ya sahabati, semoga Allah mempermudahkan segala urusanmu...7. Dan sekarang ni, tengah di akhir2 minggu study week dan nak masuk minggu final exam dah. Kepada semua teman2, sahabat2 dan kawan2 semua, all the best to all of U. Jangan lupa usaha, DOA dan TAWAKKAL..InsyaAllah anda akan hadapi exam dengan hati yg TENANG, InsyaALLAh.Itulah bbrp perkara yg berlaku padaku all this month. Semoga aku dan anda semua kuat utk menghadapi hari2 yg mendatang..Alhamdulillah 'ala kulli haal...Labels: Madrasatul Hayaah
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tentang Blog ini
This skin is best viewed in Google Chrome, Mozilla Firefox and Safari, resolution 1024 x 768.
It does not look that good in Internet Explorer, so please switch to some other browser.
| | | | |