Alhamdulillah, hari tu dah berjaya menghabiskan satu buku 65 Gambaran Kehidupan Sahabat Jilid 1 oleh Dr Abdul Rahman Ra'fat al-Basha. Dalam buku tu, dibawakan beberapa cebisan dari kehidupan 22 org sahabat Rasulullah s.a.w. Ada antara nama2 tu yg 'famous' dan selalu aku dengar dan ade juga yg x pernah aku dengar. Di sini aku nak berkongsi sebuah kisah kehidupan dari seorg sahabat yg mengkagumkan aku.
Sahabat ini diberi nama Zaid al-Khair(al-Khair adalah gelaran yg diberi oleh Rasulullah saw kpdnya). Semasa Jahiliyyah, beliau dipanggil Zaid al-Khail(Zaid Kuda). Sahabat ini adalah salah seorang sahabat yg menepati hadis Rasulullah yg lebih kurang maksudnya "...sebaik-baik manusia di masa Jahiliyyah, adalah sebaik-baik mereka ketika Islam". Nak tau kisahnya?
Pada satu hari, unta-untanya telah dicuri. Maka beliaupun menjejaki pencuri kuda beliau dan akhirnya beliau berjumpa dgnnya. Maka berlakulah dialog sperti berikut;
"Lepaskan ikatan unta tersebut"kata Zaid.
"Tidak sama sekali. Saya telah tinggalkan sekumpulan wanita di al-Hirah. Saya juga telah bersumpah tidak akan kembali menemui mrk melainkan setelah saya mempunyai harta ataupun saya terlebih dahulu meninggal dunia"kata pencuri unta tersebut.
"Sesungguhnya kamu pasti akan mati... Cepat, lepaskan ikatan unta itu...."Zaid berkata.
"Tidak! Saya tidak akan sesekali melepaskannya", bantah pencuri unta tersebut..
Zaid kemudiannya menengking pencuri unta tersebut sambil berkata "Celaka kamu, kamu terpedaya dgn keangkuhanmu"
Sipencuri unta tersebut kemudiannya disuruh agar melepaskan tali simpulan unta dan Zaidpun memanah dgn tepat tali simpulan unta tersebut. Akur dgn kehebatan Zaid, si pencuri unta itupun menyerah diri dgn penuh debaran. Zaid kemudiannya menyuruh si pencuri unta itu menunggang dibelakangnya sambil berkata, "Pada sangkaan kamu, bagaiman saya akan lakukan kpd kamu?". Jawab si pencuri unta tersebut,"Pada sangkaan saya, semestinya buruk".
Kemudian Zaid berkata "Adakah kamu menyangka saya akan bertindak buruk terhadapmu padahal kamu telah berkongsi makanan dan minuman dgn 'Muhalhil' (ayah Zaid) pd mlm tadi?"
Apabila si pencuri unta itu mendengar nama 'Muhalhil', terus dia bertanya kpd Zaid, "Adakah kamu Zaid al-Khail?". Lalu Zaid menjawab, "Ya". "Jadilah penawan tawanan yg baik"kata si pencuri unta itu dgn harapan. "Tidak usah bimbang. Demi Allah! jika unta2 ini milik saya, sudah pasti saya akan serahkan kepada kamu. tetapi ini adalah milik salah seorang dari adik-beradik perempuan saya"kata Zaid.
"Duduklah bersama kami beberapa hari. Saya hampir sahaja melakukan serangan. Kemungkinan saya akan mendapat harta rampasan"kata Zaid lagi.
Tiga hari selepas itu, beliau telah melakukan serangan terhadap Bani Numair dan merampas hampir seratus ekor unta. Semua rampasan tersebut telah diberikan kepada si pencuri unta tadi. Malah beliau juga telah mengutus beberapa orang2nya utk melindungi si pencuri tadi sehingga ke kampungnya kembali.
****************************************
Begitulah gambaran kehidupan Zaid al-Khail ketika Jahiliyyah. Adapun selepas keislamannya, beliau sangat berbudi pekerti mulia sehingga Rasulullah pernah berkata kepadanya "Wahai Zaid, tiada seorang lelaki yg diceritakan kpd saya sifatnya, kemudian saya melihatnya sendiri, ternyata dia kurang daripada apa yg disifatkan....kecuali engkau".
Walaubagaimanapun, tidak lama selepas keislamannya, beliau telah diserang wabak demam yg sedang melanda Madinah. Beliau berlumba dgn maut utk sampai ke kampung halamannya dan menyebarkan Islam. Akhirnya beliau dijemput Ilahi ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya. Begitu cepat maut menjemputnya sehingga tiada ruang untuknya melakukan dosa selepas keislamannya.
**********************************
Begitulah secebis teladan dan kisah seorang sahabat yg bernama Zaid al-Khair. Semoga kita semua dapat mencontohi sifatnya yg mulia sepertimana yg diajar oleh Islam.
Buku: 65 Gambaran Kehidupan Sahabat
Alhamdulillah~
Labels: dakwah AND tarbiyyah, seerah, tazkeerah