Pernah tak suatu ketika, anda berasa sangat geram dan sakit hati terhadap seseorang?
”ish, dia ni asyik tak balas message aku aje”luah si Abu.
”mane dia ni, janji pukul 10. xsampai-sampai lagi”luah Ani pula.
Pernah tak jugak, selepas itu anda merasa sangat kesal apabila mengetahui keadaan sebenar orang itu, yang menyebabkan anda berasa geram terhadapnya?
”sorila Abu, aku takde kredit, tak cukup duit nak top up. Dah seminggu aku makan sekali sehari je” jelas Boy pada Abu.
Sebagai seorang manusia biasa yang memang involve dengan manusia lain, saya rasakan perasaan itu memang pernah wujud dalam diri kita.
Perasaan berburuk sangka atau selalu menuduh seseorang itu tanpa usul periksa, sebenarnya tanpa kita sedari akan memakan dan merosakkan diri kita. Kita akan lebih cenderung untuk berasa geram, marah, rendah diri dan pelbagai lagi sifat-sifat negatif. Andaikan seorang pelajar yang sentiasa dimarahi dan dimaki oleh gurunya, apa yang akan terjadi kepadanya?
Sudah tentu pelajar tersebut akan mengalami tekanan emosi, menjadi seorang yg kuat memberontak dan hyperaktif(baca=ganas sangat).
Apabila situasi yang sama berlaku, tetapi pelajar yg terlibat seringkali berfikiran positif.
”mungkin betul ape yg cikgu ckp”, ”memang aku yang silap”, ”cikgu ade masalah kot”.
Sebenarnya secara sedar tak sedar, fikiran seperti ini melapangkan dada kita dan tidak menjejaskan emosi kita atau tidak menumbuhkan sifat-sifat negatif dalam diri kita.
Bayangkan, betapa luar biasa berfikiran positif!

Bersangka baik, selemah-lemah ukhuwwah
Anjuran untuk berbaik sangka dan berfikiran positif terhadap orang lain sebenarnya telah lama dianjurkan oleh Islam sejak berabad yang lalu. Bersangka baik dikira adalah tingkatan ukhuwwah yg paling rendah sekali di dalam tingkatan ukhuwwah.
Bayangkan, berapa banyak persahabatan di dunia ini yang putus kerana masing-masing berburuk sangka(baca=tidak berbaik sangka)! Malah, sebuah perkahwinan pun boleh runtuh di sebabkan perkara yang sama!
Kawan dan sahabat yang baik, adalah sahabat yang sentiasa berbaik sangka dengan sahabatnya.
Tetapi, berbaik sangka juga perlu ada hadnya dalam dunia sekarang ini!
Berbaik sangka juga bukan bermakna mempercayai seseorang secara membuta tuli!
Labels: dakwah AND tarbiyyah