Masuk hari ini, genap 12 hari selepas serangan tentera Israel ke atas penduduk di Gaza. Serangan yang dilakukan pada 1 Dzulhijjah itu telah banyak mengorbankan nyawa penduduk Palestin yang tidak berdosa. Setakat 2 Januari 2009 yang lepas, seramai 430 orang penduduk Palestin telah syahid, 2000 yang lain cedera, hospital, masjid, sekolah dan rumah-rumah dibedil. Serangan dan kekejaman Israel ini telah membawa kepada tercetusnya Intifadhah ke 3 oleh rakyat palestin.
Di bawah ini ada secebis gambaran yang dapat dirakamkan mengenai penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin selepas 4 hari serangan yg dilancarkan oleh rejim Zionis. Bukakan Mata anda, jangan sesekali anda menutup mata anda dari melihat kekejaman yang telah dilakukan oleh rejim Zionis di Gazza, Palestin.
Apa yang sebenarnya berlaku di Gaza?*
Kekejaman Isreal semakin mengganas di Gaza bermula selepas pilihanraya Palestin yang pertama (Januari 2006), di mana dalam pilihanraya ini, Hamas telah memenangi majoriti kerusi parlimen. Kekalahan Mahmood Abbas(Fatah) telah memberi tamparan yang sangat hebat kepada Israel dan AS yang menghendaki agar Fatah pimpinan Mahmood Abbas menang. Israel dan AS sangat tidak menginginkan Hamas mengang kerana ia boleh menggagalkan usaha mereka untuk menubuhkan kerajaan sekular di Palestin disamping kerana perjuangan yang dibawa oleh Hamas adalah perjuangan rakyat Palestin, perjuangan untuk menegak syariat Islam disamping perjuangan untuk mengusir Zionis atau Israel(yang telah banyak menghancurkan dan memusnahkan Palestin) dari bumi Palestin.
Atas sebab diatas, sejak dari tahun 2006 lagi, berbagai tekanan dilakukan oleh Israel dan AS ke atas Hamas dan pengikutnya telah bermula. Antaranya, segala pergerakan keluar-masuk penduduk dan kegiatan ekonomi rakyat Palestin melalui tembok batu pemisah di Palestin tersebut menjadi semakin sukar. Ini telah memberi kesan buruk kepada kehidupan rakyat Palestin yang sebelum ini memang telah lama menderita.
Jimmy Carter(bekas President AS) telah berkata bahawa rakyat Palestin telah menjadi pelarian dan banduan di negara merekan sendiri akibattembok batu pemisah tersebut dan dasar apartheid rejim Zionis.
Kini kezaliman dan kekejaman Israel tertumpu kepada Gaza yang merupakan tempat Hamas berkuasa. Tindakan ini jelas bertujuan untuk menggulingkan Hamas melalui kaedah ”collective punishment”-yang diharamkan oleh pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa. Banyak kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis di Gaza ini. Mereka telah melancarkan berbagai pencerobohan, membunuh beratus-ratus penduduk awam dan merosak harta-benda penduduk Gaza. Tindakan yang lebih kejam rejim Zionis adalah dgn mengenakan sekatan dan kepungan di Gaza yang disebut ”Gaza Siege”. Semua pintu masuk ke Gaza ditutup, menyekat semua bahan-bahan keperluan asas seperti makanan, ubat-ubatan dan keperluan lain untuk kegiatan ekonomi.
Bermacam macam lagi kezaliman, kekejaman yang telah dilakukan oleh rejim Zionis yang tidak mampu untuk saya tuliskan di sini karana terlampau banyak. Jadi, apakah tindakan kita? Adakah kita rela memejam mata tanpa mempedulikan nasib sahabat-sahabat, abang, kakak kita di sana???
Di sini, saya mencadangkan beberapa tindakan yang boleh anda lakukan sebagai bukti anda menyokong rakyat Palestin, sistem demokrasi yang bersih, dan membantah kekejaman yang tak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh rejim Zionis :-
1)Bagi muslimin, perbanyakkan doa kerana doa adalah senjata mukmin. Jangan lupa untuk baca doa qunut nazilah setiap kali solat. InsyaAllah saya akan cuba cari doa ni, dan masukkan di sini.
2)Boikot barangan buatan Israel, Amerika dan sekutunya. Setiap duit kita yang digunakan untuk membeli brgn buatan mereka akan di salurkan untuk menambahkan lagi krisis kemanusiaan di Palestin. Impak dari pemboikotan ini adalah sangat besar iaitu, keadaan ekonomi mereka akan lumpuh!!!!
3) Belajar rajin-rajin dan hayati ajaran Islam, supaya kita dapat menjadi pemuda pemudi
harapan ummah yang akan berjuang disetiap lapangan dan mengalahkan penguasaan
Israel dan AS. Mungkin, anda boleh hasilkan sesuatu yang boleh menandingi McDonald,
Cola-cola, Johnson-Johnson satu hari nanti!
4)Hadir ke demontrasi-demontrsai aman menyatakan bantahan terhadap kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis.
Saya menyarankan agar anda lakukan semua tindakan-tindakan diatas untuk membuktikan keseriusan anda dalam membantah krisis kemanusiaan ini dan menyokong penuh rakyat Palestin yang tidak bersalah.
”Allahummannsur Mujahidin fi Gazza, Allahummannsur Mujahidin fi Gazza, Allahummannsur Mujahidin fi Palestin Ya Allah”
”Ya Allah, turunkanlah tentera-tenteraMu, bukankanlah hati dan mata seluruh Umat Islam untuk bersatu menentag kezaliman Zionis terhadap saudara-saudara kai, abang, kakak, adik, ayah, mak, nenek kami di Palestin Ya Allah, yang Maha pengkabul permintaan”.