JOM ke Karnival Kebudayaan Belia & Komuniti (KKBK)
Mari kawan-kawan, sahabat dan teman..Ajak mak ayah, datuk, nenek, abang, kakak, adik ke Karnival ini. Ada banyak acara yang menarik menanti. Sila klik di sini untuk melihat details dan acara-acara yang diadakan pada hari karnival tersebut.
Hari Arafah adalah bertarikh 9 Dzulhijjah pada setiap tahun hijri. Pada 9 Dzulhijjah ini, jemaah haji akan mengerjakan salah satu rukun yang terbesar di dalam haji, iaitu wukuf di Arafah. Kepentingan wukuf di Arafah telah disebutkan oleh Rasulullah s.a.w لا حج إلا بعرفة"” ; yang bermaksud “Tiada haji melainkan dengan Arafah”.
Arafah merupakan satu padang yang luas, yang mana setiap orang dari jemaah haji wajib duduk seketika di padang tersebut pada 9 Dzulhijjah dan tidak dibenarkan meninggalkannya sebelum matahari terbenam.
Bagi Umat Islam yang tidak mengerjakan haji pula, mereka disunatkan untuk berpuasa pada hari tersebut. Hari tersebut termasuk di dalam hari-hari kebesaran umat Islam.
Selepas hari Arafah, iaitu pada tarikh 10 Dzulhijjah, pada hadir pula satu lagi Hari Kebesaran Islam, Hari Raya Eidul Adha. Dari namanya sendiri kita dapat faham bahawa hari ini merupakan hari raya ’KORBAN’. Mempunyai sirahnya yang tersendiri(kisah nabi Ismail dan nabi Ibrahim yang diuji Allah untuk menyembelih nabi Ismail), maka umat Islam digalakkan untuk melakukan ibadah korban pada hari ini.
11, 12, dan 13 Dulhijjah pula merupakan hari Tasyrik iaitu merupakan hari-hari yang diharamkan berpuasa. Lafaz takbir raya yang dimulakan sebaik sahaja selepas maghrib 9 Dzulhijjah boleh diteruskan sehingga 13 Dzulhijjah, iaitu berakhirnya hari Tasyrik.
Hari Rabu yg lepas, my friend nabilah msg me, ask my matrix no. bcoz she want to check my result. Dengan sedikit perasaan takut+ingin tahu, I gave her my matrix no. Dengan debar-debar saya buka msg, owh, lupe nk bgtau result fac sscience je baru tau, API punye xtau lg…Alhamdulillah!!!! Semua lulus….(mane x takutnya, test terakhir one of the subject I dpt fail!!)
Bercakap tentang subject tu (biochem), subject tu agak susah jugak, maklumlah dah lame tinggal kimia(kat nilam puri-2 tahun- x belajar kimia). Tapi, after study for the exam n faham, rasa macam subject tu banyak bersangkutan dengan kehidupan seharian kita sebagai manusia. Kat mane tu? Ha… tang mknn2 yg kita makan, sumber bahan api dsb…tetiba rase mcm nak buat revision balik subject biochem dan fisiologi manusia&haiwan, sangat banyak gunanya dalam kehidupan seharian…
Azam sem depan, tak nak study last minute lagi!!!!! Doakan ye…