Assalamu'alaikum!
Anda sedang berada
DI ALAM SESEGAR DAUNAN
Hope you enjoy! May Allah bless you!**
|
|
Wednesday, October 26, 2011
..::perindu sahabat::..
Di kala kesepian, di kala sunyi, diri ini jadi teringat, teringat akan kamu, yang bergelar sahabat sejati.
Aku mencari sahabat, bukan yang mewah, bukan yang berparas rupa, bukan jua yang berpangkat.
Tapi, aku mencari yang seperti dirimu, yang tertawa bersama, menangis bersama, berjuang bersama, yang bukan hanya mendokong, tapi jua mengingati di kala aku terkaku, di kala aku terpesong dan tergelincir.
Ya Allah, syukur ku panjatkan padaMu, atas nikmat sahabat ini, kuatkannya, perteguhkan kedudukannya, lindungilah ia, sayangilah ia, redhailah ia, sungguh aku merinduinya, dan dia dan dia, yang bergelar sahabatku, dunia dan akhirat.
Pertemukanlah kami di dunia ini semula, agar kami bisa merasai manisnya ukhuwwah, pertemukanlah kami di syurga, agar kami bsa merasai manisnya... ukhuwwah di jalan juang ini.
Ya Allah, aku rindu mereka! Labels: dedication, Madrasatul Hayaah
|
|
Saturday, October 22, 2011
Lakeside Littleschool : 2 ~Art&Craft~
Anda semua ingat x dulu saya ada bagitau yang saya akan cerita pengalaman mengajar budak-budak prasekolah (preschooler) setiap matapelajaran? ingatkan? kan? kat sini ada saya bagitau.
Sekarang nak cerita pengalaman ajar matapelajaran seni dan kraf (Art&Craft).
Hampir setiap awal minggu saya akan pening bila fikir pasal art & craft ni. Nak ajar apa ye, subjek ni bukannya ada modulpun, biasanya ikut kreativiti cikgu yang mengajarla...dan saya tak ada lah kreatif sangat...Lalu, kerap juga saya meminta pertolongan encik Google, enjin carian saya yg setia, mencari idea-idea yang menarik dan sesuai untuk kanak-kanak riang tersebut..
Bila nak mengajar tu pulak, kadang bagi kita senang aje, tapi cuba bagi budak-budak tu buat, bolehla sampai sejam jugak. Yela, ingat senang ke diorang nak potong cantik-cantik gambar yg berlekuk-lekuk, lepas tu, kertas pulak keras, tampal-tampal daun, cat-cat gambar?..haha..cikgu dia jugak yang pening kepala, sebab kena tolong setiap budak, nak bagi menjadi kan? Tapi, subjek ni memang budak-budak tu suka sangat tau!
Banyak jugak skill yang budak-budak akan terdedah (expose) bila buat subjek ni antaranya; hand-eye coordination, motor skill, cognitive, emosi, language dan lain-lain..Jadi disarankan agar ibubapa mithali sekalian memperbanyakkan aktiviti sebegini di rumah, bagi melahirkan anak-anak yang dinamik dan seimbang perkembangannya.
Yelahkan, takkan kita nak anak kita yang otak atau kepalanya besar kerana pandai sahaja, tapi tak dpt nak berdikari dalam kehidupan, tubuh badan yang sakit, tak pandai buat kerja rumah, sangat sensitive dan sebagainya. Seorang manusia bahkan lebih-lebih lagi seorang muslim, kena la seimbang semua aspek kehidupannya kan?
|
|
Saturday, September 10, 2011
..tiada tajuk..
hehe, sebenarnya tiba-tiba rasa rindu pulak nak mengepost dlm blog. Mesti mr blog dah rindu pada post2 saya kan. lepas baca2 post kwn2 dlm blog diorg masing2 & menganalisa kematangan penulisan diorang, saya jadi teruja untuk melahirkan post2 yang banyak melalui tangan saya. heh. insyaAllah saya akan mengaktifkan blog saya kembali.
sila tepuk tangan pada anda yang berjaya membuat saya teruja untuk mengaktifkan blog.
ok, till we meet again!
Wassalam Labels: kata-kati
|
|
Saturday, June 18, 2011
Lakeside Littleschool : 1
Bulan ni genap masuk setahun aku kerja di tadika & pusat jagaan Lakeside Littleschool, seksyen 7 Shah Alam. Rasa ramai dah tahu tu tadika mak aku, sbb waktu perkenalkan diri selalu ckp, 'tadika mak'. huhu
ok, seperti yang dijanjikan, nak cerita pengalaman kerja di tadika 'bergelumang' dengan budak2. Sebelum tu, nak bagitau, aku ni bukan berlatarbelakangkan 'pendidikan awal kanak2'. Cuma dulu waktu belajar, adala tolong2 mak jadi teacher sementara kat school tu, adalah pengalaman beberapa bulan sebelum start yang betul2.
Ok, tahun ni is my first time ever experience ajar budak2 yang baru masuk tadika(awal tahun). It's a tough experience i think. Antara sebab-sebabnya;
1. ada yang dah 5 years old, but do not know how is the correct way to hold a pencil! 2. Ada yang suka warna satu arahpun ye. 3 tak reti pegang guntingpun ada..
belum lagi nak ajar mereka membaca.
Ok, aku ditugaskan utk mengajar the children BM, Iqra', Jawi, Art and Craft and arabic.
Beberapa gambar-gambar comel^_^
Zill 4, akmal 5, wasilah 5, fathimah 3(comot susu), ayyad 3(bedak comot)
Hanan 5, can read simple story book
5 & 6 years old praying dhuha. (waktu ni ramai x datang)
Tu je dulu secara general, nanti saya kongsikan pengalaman mengajar setiap subjek pula..
Pengajaran untuk para ibu & bapa dan bakal2 ibu & bapa.
Seringkali ibu bapa mengharap anak-anak mereka jadi anak yang bijak dan pandai, tapi, adakah 'kita' para ibu bapa menyediakan anak-anak dari aspek motor skills, cognitive, jiwa, language dan lain-lain sebelum mereka masuk tadika/sekolah.
Macam the child which I mentioned do not know how to hold a pencil, can you guest what is his/her activities at home? He likes to play games in the computer! and he is five years old! Bukanlah saya nak cakap not good for a child to play computer, but it is a bad habit for them. Membiarkan anak-anak di depan komputer/ laptop / tv boleh mendatangkan banyak keburukan dari manfaatnya;
*the child will learn everything from the games or tv. Boleh membentuk peribadi budak-budak menjadi ganas, * strain to their eyes, *Children will not develop their motor skills@ skill motor. Contoh skill motor dlm kehidupan seharian - pegang tangan ibu ayah, pegang sudu, pensel, menggunting, mengoyak berlari, bermain basikal dan lain-lain. *ibu bapa kurang meluangkan masa dengan anak-anak. Menganggap computer, tv, PSP dan lain-lain oleh menggantikan 'diri' dan ibu bapa dalam menjaga anak-anak supaya tetap di dalam rumah boleh mempengaruhi hubungan ibubapa-anak dan menyebabkan ibubapa lalai akan tugas mereka sebagai ibu dan bapa * ...(sila isi tempat kosong)
to be continued Labels: Madrasatul Hayaah
|
|
Friday, May 27, 2011
Erti sebuah kehidupan
Aku tak pernah kenal dengannya, aku juga tak pernah bertemu dengannya, bahkan tak pernah jugak dengar namanya,
Kini beliau sudah pergi menemui Kekasihnya, Meninggalkan seribu kesan, samada pada yang pernah mengenalinya ataupun tidak..
Ibunda Yoyoh Yusra.
Sebenarnya aku sangat-sangat terkesan dengan peribadi beliau. Sedih juga kerana aku tak pernah bertemu dengan beliau dikala hayatnya. Pertama kali membaca artikel tentang beliau tentang nahas yg menjemput beliau kembali menghadapNya. Kemudian posting & status para sahabat tentang beliau samada di blog atau facebook, membuatkan aku terfikir, "Siapa ibunda Yoyoh Yusra ni, sangat hebat ke? Ramai orang bersedih tentang pemergiannya..".
Pengajaran darinya untuk aku praktikkan dlm kehidupan ini.
Beliau merupakan ibu kepada 13 orang anak. 10 orang anaknya hafiz/ah al-Quran. Semua soleh & solehah. (masyaAllah! Nak jadi macam beliau jugaklah, nak banyak anak)
Seorang ahli dan tokoh pendiri Partai Keadilan Sejahtera (masyaAllah, dalam jamaahpun beliau hebat!)
Beliau memegang jawatan sebagai aktivis PKS dan juga Anggota Komisi I DPR (dakwahnya juga hebat!)
Beliau menghafaz 20 juz Al-Quran & melazimi tilawah Quran 3 juz setiap hari (masyaAllah, kesibukannya tidak menghalangnya dari memperkukuhkan hubungannya dengan Rabbul Jaleel)
Sms beliau yang dihantar kepada seorang ukht "Ya rabb, aku sedang memikirkan posisiku kelak diakhirat. Mungkinkah aku berdampingan dengan penghulu para wanita Khadijah Al-Kubra yang berjuang dengan harta dan jiwanya? Atau dengan Hafshah binti Umar yang dibela oleh Allah saat akan dicerai karena shawwamah (rajin puasa-red) dan qawwamahnyaI (rajin tahajud-red)? Atau dengan Aisyah yang telah hafal 3500 an hadits, sedang aku…. ehm 500 juga belum… atau dengan Ummu Sulaim yang shabiroh (penyabar) atau dengan Asma yang mengurus kendaraan suaminya dan mencela putranya saat istirahat dari jihad… atau dengan siapa ya. Ya Allah, tolong beri kekuatan untuk mengejar amaliah mereka… sehingga aku layak bertemu mereka bahkan bisa berbincang dengan mereka di taman firdaus-Mu"
Beliau memang seorang sosok yang memberi pengaruh kepada orang disekitarnya. Hatta pabila beliau sudah meninggalpun, aku tetap terkesan dengannya. Kebijaksanaannya mengurus rumahtangga, keluar berdakwah dan mentarbiyah orang lain dan dirinya sendiri sangat mengkagumkan aku yang masih bertatih dalam segala hal tersebut.
Ya Allah, Engkau tempatkanlah al-Marhumah dikalangan para anbiya', syuhada & solihin sesuai dengan kerja kerasnya didunia utk bekalan akhiratnya. Engkau berilah kekuatan pada kami, para daie yang tinggal ini untuk mengikut jejak beliau dan para ummahatul mukminin, sahabah, tabien dan orang-orang yang Engkau redhai, Ameen ya Rabbal 'Alamin"
Lagi tentang ibunda Yoyoh Yusra;
Labels: dakwah AND tarbiyyah, Madrasatul Hayaah
|
|
Monday, May 23, 2011
Ketika Keikhlasan Itu Hadir
Terkesan dengan cerpen dibawah. saya 'copy & paste' dr website lain. Silakan baca & hayati... **************************************************************************************************************** Tangisku pecah, memasuki kamar kosku. Seperti berada dalam pelukan ibuku. Kamar tempatku menumpahkan segala rasa. Kamar tempatku merancang mimpi dan merajut asa. Disini aku bisa menangis sepuasnya. Aku bisa melakukan apa pun yang aku mau, termasuk menangis dengan tangisan paling menyayat seumur hidupku, begitulah aku mengistilahkannya. Kumatikan ponsel dan semua akses komunikasi. Aku tidak ingin bicara dengan siapapun, karena tak akan ada yang mengerti perasaanku saat itu. Aku menangis, menjerit, memecah kesunyian, dan menumpahkan semua beban yang membuncah di dadaku. Tak satu pun orang di rumah kos ini. Hanya aku dan Tuhanku. Tuhanku? Kenapa aku bisa melupakannya…Tuhan tempatku bergantung. Tuhan tempatku bermohon, Allah tempatku berbagi. Setelah hampir satu jam menangis, aku mulai merasa lelah. Seiring suara azan Isya dari masjid sebelah, aku mencoba bangkit. Berwudhu, membasuh wajahku, menyeka sisa air mata yang menempel di pipiku. Rabb, nikmat Engkau yang mana lagi yang akan hamba dustakan? Kenapa aku harus menyayat sedemikian menyayat padahal aku masih bisa merasakan dinginnya air wudhu membasahi permukaan kulitku. Setelah itu kuhadapkan diri pada Rabb-ku. Sholat Isya. Allahu Akbar…Maha Besar Allah yang telah menciptakan ujian dan cobaan dalam hidup. Mungkin inilah shalat terbaik dalam hidupku. Sholat dalam keadaan ingatanku akan kematian teramat kuat. Inikah shalat terakhirku? Kenapa harus aku? Cukup kuatkah aku menjalaninya? Mampukah aku hidup tanpa mimpi dan asa? Ingatanku kembali pada kejadian siang tadi saat berjalan sendiri melewati lorong-lorong sepi di salah satu rumah sakit. ini hari ke-6 aku menjalani rangkaian pemeriksaan tubuhku di rumah sakit. Keluhan anemia, mual muntah, hipertensi, dan asam urat tinggi kembali terngiang di kepalaku. Hari ini adalah penentuan, sakit apa aku sebenarnya. Dengan tegap kulangkahkan kakiku menuju ruang periksa dokter spesialis ginjal dan hipertensi. Dengan tenang aku duduk di depan dokter sambil menyerahkan hasil-hasil lab yang jumlahnya sudah tak terhitung lagi. saat selesai membaca hasil labku yang terbaru, tiba-tiba dokter itu menatapku dalam. Aku hanya tersenyum. Dia menatapku semakin dalam. Tak lama kemudian, meluncurlah kelimat panjang yang seolah menjadi pengantar bayanganku tentang sesuatu : …..KEMATIAN!!! “Kamu punya Askes? Kerja dimana? Ada jaminan kesehatan nggak? Dengarkan baik-baik, kamu harus menjalani cuci darah dua kali seminggu. Satu kali cuci darah 600.000 rupiah. Artinya, kamu harus sedia uang minimal 4.800.000 rupiah setiap bulan. Kalau tidak, kamu akan mengalami komplikasi penyakit sampai koma dan bisa berakibat pada kematian, gimana?” Aku perempuan berusia muda, yang datang sendiri ke rumah sakit dengan keyakinan bahwa penyakitku masih bisa di obati dengan minum obat secara rutin, tiba-tiba mendengar istilah baru bernama cuci darah. Ya Tuhan, apa lagi ini? Jenis pengobatan macam apa ini? Mengapa begitu mahal? Apakah tidak ada alternatif lain? Sudah sedemikian parahkah penyakitku ini? Segala hal tentang kematian tiba-tiba menggantung di pelupuk mataku. Kucoba menahan bulir bening itu turun dengan mengangkat wajah sambil menatap gambar-gambar yang menempel di dinding. Tidak mungkin aku menjalani cuci darah yang sedemikian mahal. Membayangkannya pun bahkan aku tak sanggup. Yang terngiang di telingaku hanyalah ungkapan sang dokter : Cuci Darah atau Mati! Dan sampai kini ingin sekali kukatakan “Dokter, tidak bisakah Anda memberi sedikit harapan kepada seseorang yang harus menghadapi kematian ketika teman-temannya sedang merajut mimpi tentang masa depan?”. Tiba-tiba ada suara keras yang memekakkan telingaku, “IKHLAS!!” Ya, hanya itu. Entah dari mana. Apakah itu suara nuraniku atau jawaban dari pertanyaanku? Aku tak pernah tahu. Yang jelas satu hal yang aku rasakan saat itu, ada kekuatan yang mendorongku untuk berkata, “Rabb, apapun yang akan terjadi, apapun yang harus hamba jalani, hamba ikhlas.” Ada kekuatan besar yang mampu mendorongku untuk berhenti menangis, berhenti bertanya. Aku mencoba sendiri, lebih banyak mengingat Allah, mencoba memaknai sabar dan ikhlas yang tak terbatas. Selembar kertas yang bertebaran di meja segera ku raih, jemari lentikku kembali menggerakkan pena.. Hari ini ku ingin sampaikan padamu tentang ikhlas… Sungguh, Kesabaran itu tak pernah berbatas.. Yakinkan dirimu bahwa tak akan ada kata “Kesabaranku sudah habis” keluar dari mulutmu Karena ikhlas itu tak pernah boleh berakhir… Yakinkan dirimu bahwa tak pernah ada kata “Aku sudah tak sanggup lagi” mengalir dalam bibirmu Karena tugasmu sebagai Abdi Rabbmu..tak akan pernah selesai Yakinkan dirimu bahwa Rabb-Mu Maha Adil Yakinkan dirimu bahwa engkau mencintai-Nya.. Yakinkan dirimu bahwa engkau mati hanya untuk-Nya.. Yakinkan dirimu bahwa tak pernah ada sesuatu dan seseorang dalam hatimu kecuali DIA. Dan akhirnya…keikhlasan itu pun hadir…. Ketika kehendakmu tak sejalan dengan kehendak-Nya… Biarkan kehendak-Nya yang berjalan atas hidupmu Karena kehendak-Nya adalah kebaikan untukmu Ketika inginmu tak sesuai dengan ingin-Nya Biarkan ingin-Nya menjadi skenario terbaik bagi hidupmu Karena Dia Mahatahu segala hal tentang dirimu.. Biarkan tangisan mengobati kekecewaanmu Bukan kecewa pada Robb-Mu.. Tapi kekecewaan pada dirimu sendiri Karena tak mampu berdiri diatas ingin-Nya.. Hidup harus terus dijalani, Sholehah terkasih… Semenyakitkan apapun Siap ataupun tidak Karena Rabb-Mu tidak pernah butuh persetujuanmu atas setiap kehendak-Nya. ***************************************************************************************************************** Sumber asal ; dakwatuna.com Labels: dakwah AND tarbiyyah, tazkeerah
|
|
Friday, May 20, 2011
Sakit dan Iman
Semalam saya ada jilsah imaniyyah. Dapat perkhabaran bahawa anak m.cik Syikin yg bernama Nadhrah suspected denggi. Before this she got fever & ada berdarah sikit. Mohon doa ye. Sebut pasal denggi, there's a lot of my family member pernah kena denggi. My sis-Maryam, my nephew-Solah(suspected denggi), my lil sis- Hannah Nadhirah, my bro-Ibrahim(kena denggi berdarah) & my dad(ada darah jugak). InsyaAllah dengan usaha minum air banyak, sup ketam pucuk betik dan lain-lain perubatan Allah akan sembuhkan dari penyakit ini.
Selain tu, dapat makluman dr m.cik Ainon bahawa suami m.cik Dr Ruziaton, Kuala Langat menghidap kanser stage 4. Inna lillah. M.cik Sabariah menceritakan ttg keadaan m.cik&p.cik semasa m.cik Saba pergi ziarah mereka. Semoga Allah berikan ketabahan dan keteguhan jiwa mereka sekeluarga berhadapan dengan ujian ini, Ameen...
**************************************************************************************
Sakit itu datang dari Allah
Sesungguhnya setiap kesakitan dan musibah datang dari Allah. Kekadang kita sangat menjaga kesihatan, tapi sakit juga menjengah. Ada yang makin dia berilmu tentang sesuatu penyakit tu, semakin diuji Allah dgn penyakit tu. Ada jugak orang yg x ambil pusingpun tentang kesihatan dirinya, tapi tak jugak sakit-sakit.
Sakit yang Allah kurniakan kepada kita sebenarnya merupakan satu ujian pada kita. Allah nak uji sejauh mana redho kita padanya, sejauh mana sabar kita padanya. Allah juga sebenarnya nak kita lebih rapat dan dekat dengannya.
Antibodi terkuat
Sudah jadi lumrah manusia, bila susah akan semakin mengingat Allah, semakin kuat pergantungan, rintihan kepadaNya. Sebenarnya semua tu merupakan hikmah Allah menarik kejap nikmat sihat dari makhlukNya. Allah nak jadikan kita 'someone' padaNya.
Kalau kita lihat sorotan sirah Ar-Rasul dan para pengikutnya, dari sahabat, tabiien, para syuhada' dan seterusnya, kurang kita mendengar kisah mereka jatuh sakit kan? Kalaupun ada diantara mereka diuji dengan kesakitan, tapi itu langsung x melemahkan mereka. Kenapa jadi begitu ya? Sebab pada mereka ada antibodi yang ampuh. Yang sangat berkesan sehingga ada yang dikembalikan nikmat sihat dan ada yang menemuiNya dengan kedudukan yang mulia.
Apa ya antibodi mereka yang menjadikan mereka begitu kuat? Kekuatan akidah mereka yang sangat kuat dan tinggi, menjadikan mereka orang-orang yang dekat denganNya, pasrah dan redha dalam menerima takdir. Juga dengan kuatnya usaha untuk baik dari sakit mereka. Usaha untuk mujahadah melawan perasaan yang menyalahkan takdir, mujahadah untuk bangun malam bermunajat kepadaNya walaupun dalam keadaan sakit yang luar biasa, mujahadah untuk menyampaikan dakwah ila Allah kepada semua manusia, mujahadah untuk mengutamakan saudara seiman lebih dari diri sendiri. Lihatlah, hasil keimanan mereka yang tinggi mendekatkan mereka dengan pencipta sekaligus menjadi asbab penyembuhan sakit yang dihadapi mereka.
Kita teliti saja kisah saidina Ali yang meminta sahabat lain untuk mencabutkan panah pada badannya ketika beliau solat. MasyaAllah, kekhusyukkan beliau menyebabkan beliau lupa pada rasa sakit itu..
Sains juga telah membuktikan
Manusia yang sentiasa bergelumang dengan stress adalah lebih tinggi peluang untuk mendapatkan pelbagai penyakit kerana hormon, sel dan komponen-komponen dalam badan berada dalam keadaan tertekan dan kacau bilau. Sebaliknya, manusia yang kurang stress adalah lebih bahagia dan lebih sihat. Benarlah, ubat yang paling mujarab atas segala penyakit adalah keimanan yang tinggi dan pergantungan diri yang penuh kepadaNya. Labels: dakwah AND tarbiyyah, Madrasatul Hayaah, tazkeerah
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tentang Blog ini
This skin is best viewed in Google Chrome, Mozilla Firefox and Safari, resolution 1024 x 768.
It does not look that good in Internet Explorer, so please switch to some other browser.
| | | | |