This is my favourite song ever.
Malu rasanya mengatakan cinta Kepada dia kekasih Allah Kerana dia insan mulia Sedangkan diriku insan biasa Ku pujuk jua hati dan jiwa Meluahkan rasa cinta membara Didalam pujian ucapan selawat Tanda penghargaan seorang umat Selagi upaya ku turuti ajarannya Apa terdaya kuamalkan sunnahnya Moga di dunia mendapat berkat Di akhirat sana beroleh syafaat Kerana peribadinya aku terpesona Kerana budinya aku jatuh cinta Rindu ku padanya tiada terkata Nantikanlah daku di taman syurga Ya rasul... ya rasul! ku rindu padamu.... syafaatkan daku Ya rasul... ya rasul! syafaat kan daku.... ku rindu padamu Sesungguhnya apa yang ku dambakan Adalah cinta Allah yang Esa Kerana cinta kepada Rasulullah Bererti cinta kepada Allah Nyanyian : Hijjaz
12 Rabiul Awal Tahun Gajah
(Maulidurrasul)
Teringat pengorbanan Nabi s.a.w untuk menyebarkan dan menyampaikan islam kepada setiap manusia di alam ini. Hasilnya, kita dapat mengecapi ni'mat iman dan islam pada hari ini. Dan ad-deen ini tak akan terpadam hingga hari Akhirat.
Rasulullah yang di akhir hayatnya, ketika sedang bertarung nyawa dan berada dalam sakarat masih lagi memikirkan nasib umatnya dengan menyebut "ummati, ummati".
Teringat akan sabda nabi(yang lebih kurang mafhumnya); "aku rindu akan ikhwan" maka sahabat berkata "siapakah ikhwan itu?" "ikhwan adalah mereka yang melaksanakan sunnahku padahal mereka tidak pernah berjumpa denganku"
Maka, bagaimanakah kita membalas pengorbanan baginda?
bagaimanakah kita membalas cinta baginda?
bagaimankah kita membalas rindu baginda?
kepada kita...
Cukupkah dengan hanya kita berarak setiap kali maulidurrasul?
Cukupkah dengan hanya kita mengingat nabi s.a.w setiap kali sambutan maulidurrasul?
Marilah kita sama2 menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam segenap aspek kehidupan kita.
p/s : maaf, takda video for this songLabels: tazkeerah