Alhamdulillah, sekali lagi kita dipanjangkan umur dan diberi kesempatan utk menjejakkan kaki ke tahun yg baru, tahun hijrah 1431.
Sejuk telinga saya mendengar surau di rumah sewa saya yg membaca
doa akhir tahun & doa awal tahun apabila menjelangnya maghrib tadi beserta kuliah maghrib slps solat maghrib. Selepas saya mengaminkan doa tersebut & mendirikan solat maghrib, saya terdengar sorakan yg sgt kuat. "Gol!!!!". "Oh, mlm ni ada bola", baru saya teringat.
Dan saya terfikir, jauh bezanya 2 golongan ni;
1) menyambut kedatangan awal tahun hijrah dgn memuji Allah & memohon keampunan dari-Nya.
2) tidak menyambut @ menghiraukan pun kedatangan tahun baru hijrah ini..
ceramah&doa VS menonton bola(obses)Berfikir, "agak-agaknya, mana yg lagi bagus & bermanfaat?"
Tepuk dada tanya iman.
Labels: tazkeerah