"Bus Stop"(tempat peristiwa yg menggeramkan berlaku)InsyaALLAH seperti yg dijanjikan, aku akan bercerita ttg pengalaman aku pulang ke rumah sewa dari rumah family di Klang. Apa yg istimewa sgt, sampai masuk dlm blog? baru first time ke? ke sebab ade peristiwa lain?
Actually, hari ni bukanlah first time aku pulang sendiri ke rumah sewa, bahkan dah banyak kali. Cumanya, tertarik nak ceritakan sedikit ttg pengalaman pahit yg menggeramkan. Pagi td, sblm kebanyakan shopping compleks buka, iaitu pd pukul 9 lebih, mak drop aku di kompleks PKNS Shah Alam. Dari situ, aku akan menaiki bas terus ke Masjid Ar-Rahman. Aku membuat keputusan utk tidak pergi ke DBP di Shah Alam, memandangkan aku perlu menjalankan treatment terhadap binatang projek pd pukul 12tghari.
Peristiwa yg hendak aku ceritakan adlh peristiwa yg terjadi ketika sedang menunggu bas yg akan ke KL. Sesampai di bus stop di kompleks PKNS s.a, aku memilih tmpt duduk dan terus duduk. Selepas lebih kurang 5minit, dtg seorang lelaki(nak kata muda, x la muda sgt, nak kate tua, xlah tua sgt). Mulanya dia bertanya, "bas ke Kuala Lumpur dah lepas ke?" saya jwb "dah". Dia tanya lg, "bas ke Kuala Lumpur, rapid KL no berapa?", saya jwb "u80". Lepastu, banyakla lg soalan yg ditanya, nak pergi mana?, dari mana?, belajar mana? dan sebagainya. Dan, aku sgt malas nak jwb(rasa x nak jwb pun ada). Cara aku jwb, lepas dia tanya soalan, dekat 1 min baru aku jwb. Yela, dahla orgnya pun aku x kenal, pastu tanya banyak2, siapa x risau. Disebabkan aku jwb soalan dia punyala lambat, pas tu org tu ckp, "saya tengok kamu ni mcm takut je, buat ape nak takut, sepatutnya org mcm kamu ni kena yakin dgn Allah, tak perlu takut& sepatutnya org mcm kamu ni kena tunjukkan akhlaq yg baik(ada ke aku tunjuk akhlaq x baik? just x nak jwb soalan dia yg bersifat peribadi je..)...bla,bla...(malas nak dengar)". Masa dia cakap mcm tu, aku dah naik angin dah. Yela, siapa yg salah skrg? Dia dtg2, tanya byk soalan, bila org x nak jwb, dia marah kita. Pastu aku pun ckp la, "Pakcik dtg2...", tak habis pun lagi ayat aku, terus dia kata,"jgn panggil saya pakcik, saya muda lg(sambil bukak kopiahnya&tunjuk rambutnya yg x beruban".(dlm hati aku dah panas sgt ni! sabar saja lah). Lepas tu, pakcik tu adelah bercakap(baca=membebel) pasal remaja skrg yg couple, pakai seluar ketat(tu aku setuju, tapi caranya yg x proper!!). Tak lama lepas dia bercakap pasal remaja&muda mudi zaman skrg, dia nak uji aku pulak. Dia tanya, "rukun Islam ada brp?", aku jwb "lima". Dia tanya lg, "rukun iman?""enam"aku jawab. Lepas tu dia suruh aku terangkan, apa rukun Iman tu. Aku dah malas nak jawab...dan selepas tu, apa yg dia ckp, semuanya aku angguk sikit2..Pastu, dia cakap pula "apa angguk2, ada mulut tu, org tanya jawab"(dalam hati aku, pakcik ni apa kes!)....
Akhirnya seksaan aku di bus stop di kompleks PKNS S.Alam tersebut berakhir apabila bas yg ditunggu2 tiba(lepas lebih kurang 15minit).
Aku rasa sgt serik. Dan, pabila aku ceritakan pd bapa aku, bapa aku memberi saranan, lepas ni jangan balik UM naik bas sorang2 hari ahad dah..huhu, terharunya atas keprihatinan ayahku(mestila kan?)
Skrg ni, bila aku fikir2 balik, mungkin pakcik tu nak berdakwah pada aku kot(to think positive)...Tapi, aku tetap x boleh menerima caranya. Satu: sebab dia seorang lelaki, tapi bercakap dgn org perempuan. Dua: sebab dia tidak aku kenali. Tiga: cara or bahasanya yg lebih membuat amarah aku naik dari mendengar apa yg dia nak sampaikan. Atau mgkn pakcik tersebut dtg dari negeri yg mmg peramah orgnya, tapi kalau org tu xnak jawab, fikirla, mestila org tersebut rasa tidak selesa & terancam.
Rasanya tu sahaja, buat semua teman2, berhati-hatilah di mana sahaja anda berada. Mintalah pertolongan dari Allah. Jgn dilayan org yg tidak anda kenali.
Moral of the story;
1. Jgn sekali-kali layan org yg tidak dikenali.
2. Kalau tunggu bas or orang di tempat yg ramai lalu lalang&disekitar anda, maka sebaiknya anda bawa&bacalah buku. Buat2 sibuk, supaya org tersebut tidak mengganggu anda.
Apapun, Alhamdulillah 'ala kulli haal~
Labels: Madrasatul Hayaah