bila dtg bulan Ramadhan yg mulia ini teringat nasyid raihan feat with man bai.
"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna..."
Tahun ni,1 Ramadhan jatuh pada 1 September. Sehari selepas negara kita menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 51.
Hari ini, 10 pertama Ramadhan hampir meninggalkan kita, 1 hari lg..Aku terfikir dan muhasabah balik, ibadah apa yang aku dah dapat istiqomah, ibadah apa yang aku dah mula dan apa yang aku tak mula lagi..
Tilawahku,
solat terawihku,
Qiamullailku,
Sahurku,
Iftarku,
hafazanku,
Dhuhaku,
Infaqku
dan lain-lain lagi.
Teringat kisah-kisah sahabat-sahabat Rasulullah, 2 bulan sebelum Ramadhan dah buat bermacam-macam persiapan untuk menyambut kedatangan Ramadhan. Then bila tiba bulan Ramadhan je, masing-masing mengucapkan selamat tinggal antara satu sama lain dan akan berjumpa balik pada malam 1 Syawal.
Betapa mereka sangat bersemangat dan berlumba-lumba beramal semasa di dalam madrasah Ramadhan. Betapa mereka sangat gembira dan sangat riang utk melangkah ke dalam madrasah Ramadhan. Tapi aku, kita, sejauh mane kita merasa riang dan gembira??? Sejauh mana kita betul-betul mengambil seribu macam kelebihan Ramadhan yang di hidangkan pada kita????
Aku menginsafi diri...
Ya Allah, Kau berkatilah hambaMU ini,
Berilah kekuatan kepada kami untuk mengerjakan ekstra amal kebaikan pada bulan ini,
Kau terimalah sgl amalan kami Ya Allah,
Kau turunkanlah rahmatMU kpd kami,
Berilah kami keampunanMu,
Jauhkanlah kami dari azabMu,
Ya ALLAH,
Tiada Upaya melainkan dariMU
Ya Rahman, Ya Rahiim
Labels: dakwah AND tarbiyyah